Kapal SS Iron Crown itu membawa kargo bijih mangan ketika terkena bedilan peluru torpedo dari salah sebuah kapal selam Jepun lalu tenggelam dalam tempoh 60 saat dengan 38 daripada 43 orang anak kapalnya pada 4 Jun 1942.

Ahli arkeologi maritim Agensi Warisan Victoria, Peter Harvey memaklumkan jumlah kematian kapal karam itu adalah antara yang paling teruk dalam sejarah negeri itu.

“Penemuan kapal ini selepas 77 tahun akan menamatkan situasi dahsyat dalam kalangan ahli keluarga mereka yang terbunuh dan juga untuk komuniti maritim Australia,” katanya baru-baru ini.

Bagaimanapun, penyelam masih belum dapat mencapai bangkai kapal itu yang berada 700 meter di dasar laut. Buat masa ini, saintis akan memetakan kawasan sekitar lokasi kapal yang ditemui dan mengambil gambar strukturnya.

Kerajaan negeri Victoria dan Persekutuan telah dimaklumkan mengenai penemuan itu dan kapal tersebut akan diletakkan di bawah perlindungan Akta Kapal Karam Bersejarah 1976. – Agensi