Seorang penduduk tempatan, Tam Mailing berkata, kehadiran makhluk tersebut merupakan petanda awal bahawa satu bencana alam bakal berlaku di kawasan tersebut.

“Satu gempa bumi sedang menuju ke Oriental Mindiri. ‘Globster’ adalah petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tolong berdoa untuk kami,” katanya.

Menurutnya, ‘globster’ adalah nama yang diberikan kepada seekor haiwan yang tidak dapat dikenali spesiesnya.

Bagaimanapun, bangkai haiwan gergasi yang berukuran kira-kira 6.1 meter itu telah meninggalkan bau yang amat busuk kepada penduduk setempat.

Pegawai Penguat kuasa Undang-Undang Perikanan, Vox Krusada berkata, pihaknya telah mengumpulkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada bangkai tersebut untuk dianalisis.

Dalam pada itu, pihak Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Mimapora telah bertindak untuk melupuskan bangkai haiwan tersebut. – Agensi