Tandas baharu di bandar Porthcawl, Wales itu turut direka bentuk bagi membendung gejala antisosial seperti vandalisme dan penyalahgunaan dadah. Tandas itu akan mempunyai lantai yang dilengkapi sensor berat bagi memastikan hanya seorang sahaja menggunakan ruang tersebut pada sesuatu masa.

Sebarang pergerakan ‘ganas’ akan menyebabkan semburan air membasahi pengguna, sistem penggera berbunyi dan pintu tandas terbuka secara automatik.

Semburan air itu juga diaktifkan bagi menghalang perbuatan merokok dan pengambilan dadah, manakala dinding dan lantai tandas berkenaan adalah kalis contengan.

Sementara itu, seorang pengguna laman sosial Twitter, Leah berkata: “Saya memiliki berat menyamai dua orang remaja! Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang memerlukan bantuan? Saya perlu masuk ke dalam tandas dengan anak-anak saya.”

Peruntukan sebanyak £170,000 (RM862,915) akan dibelanjakan untuk membina tandas futuristik tersebut. Orang ramai dikenakan bayaran untuk menggunakan tandas awam itu nanti, namun jumlahnya masih belum diputuskan. – AFP