Wabak ulser Buruli yang menyebabkan daging manusia mudah menjadi busuk, lazimnya hanya ditemui di negara Afrika. Namun kini ditemui di beberapa kawasan Victoria Morington dan semenanjung Bellarine di sini.

Penyakit itu turut dikenali sebagai ulser Bairnsdale atau Daintree yang mengakibatkan permukaan kulit mudah melepuh selain meninggalkan luka besar yang mampu menjangkiti kesemua golongan umur termasuk kanak-kanak.

Menurut laporan Jurnal Perubatan Australia, sebanyak 30 kes baharu dilaporkan pada tahun ini, manakala 275 kes sama pada tahun lalu.

“Bakteria itu boleh menyebabkan kehilangan anggota badan dan kecacatan pada jangka panjang, namun pasukan perubatan masih gagal menangani penyakit berkenaan.

“Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan dana tambahan bagi membolehkan pasukan saintis menjalankan kajian khusus berhubung wabak itu,” kata Perunding Penyakit Berjangkit, Profesor Daniel O’Brien. - Agensi