Baju itu dilengkapi sejumlah sensor dalaman yang mampu membaca paru-paru dengan mengesan bunyi organ itu, menyediakan diagnosis dan nasihat sebelum menghantar maklumat terus ke telefon pintar pemilik, menurut laman web LetsGoDigital.

Teknologi itu telah dipatenkan dengan Organisasi Harta Intelek Dunia.

Bagi memastikan data yang diperoleh tepat, pemilik perlu memasukkan maklumat sejarah perubatan mereka termasuk Indeks Jisim Badan, umur, jantina, berat badan dan tinggi ke dalam akaun pengguna.

Selain diagnosis, langkah-langkah pencegahan atau cadangan yang boleh diambil turut dihantar ke skrin telefon pintar pengguna. Ia didakwa mampu membantu mengurangkan masa mendapatkan rawatan di pusat kesihatan atau hospital. – Agensi