Pakar komputer, Angel Muiri mengambil ayam bernama Chookie itu daripada sebuah klinik haiwan 18 bulan lalu, tidak lama selepas dia berhenti makan daging ayam sepenuhnya.

“Chookie memang ayam yang unik. Saya sangat bertuah kerana menemuinya. Chookie adalah haiwan paling comel dan istimewa bagi saya,” kata Muiri.

Pasangan aneh itu sering dilihat berjalan di tepi pantai dengan Chookie yang dipasang rantai leher seperti anjing atau kucing peliharaan lalu dibawa bersiar-siar.

Walaupun ayam boleh menjadi haiwan peliharaan, Muiri mengingatkan mereka yang berniat mengikut jejaknya supaya faham bukan semua ayam mempunyai personaliti dan sikap berani seperti Chookie. – Agensi