Penutupan dramatik itu berlaku tiga hari selepas Presiden Donald Trump mengugut akan menutup ‘keseluruhan sempadan’ de­ngan Mexico sekiranya ke­ada­an berubah menjadi tidak terkawal.

Pegawai-pegawai sempadan di bandar San Diego, California menyatakan di laman Twitter bahawa mereka terpaksa menutup seketika Lintasan Sempadan San Ysidro kepada kenderaan dan pejalan kaki.

San Ysidro merupakan antara pintu sempadan yang paling sibuk di antara kedua-dua buah negara. Arahan penutupan itu hanya ditarik balik beberapa jam kemudian.

Beberapa klip video yang dimuat naik di laman Twitter menunjukkan sejumlah besar imigran menyerbu sebuah laluan air konkrit menuju ke pagar sempadan.

Beribu-ribu ribu imigran, kebanyakannya dari Amerika Tengah, telah berkumpul di Tijuana dengan harapan dapat memasuki AS. – AFP