Perjanjian itu dimeterai sempena lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman ke AS.

Jabatan Negara AS mengesahkan telah bersetuju dengan satu perjanjian bernilai AS$670 juta (RM2.62 bilion) bagi peluru berpandu antikereta kebal.

Satu kontrak lain bernilai AS$106 juta (RM414 juta) bagi menguruskan penyelenggaraan helikopter dan AS$300 juta (RM1.1 bilion) untuk alat ganti kenderaan darat.

Seorang pegawai berkata, perjanjian itu dipersetujui selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan kontrak baharu bernilai lebih AS$100 bilion (RM391 bilion) dalam satu lawatan ke Riyadh pada tahun lalu.

“Cadangan ini akan menyokong dasar luar AS dan objektif keselamatan bagi meningkatkan keselamatan negara Arab Saudi,” kata Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan.

Mohammed mengadakan lawatan selama tiga minggu ke AS selain telah mengadakan rundingan dengan Trump di White House.

Daripada kontrak tersebut, pembelian sistem peluru berpandu antikereta kebal menjadi yang terbesar dengan 6,600 unit, diikuti kereta kebal Abram, kenderaan perang Bradley, kenderaan tempur LAV, howitzer dan Humvee. – AFP