Pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.9 juta tong sehari di AS sekarang adalah yang tertinggi dalam tempoh hampir 50 tahun sekali gus meletakkan negara itu setanding dengan Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah kedua ter­besar dunia selepas Rusia, kata IEA.

“Namun, kerja penggeru­dian berterusan akan me­nyaksikan AS mencatat sejarah pengeluaran tertinggi baharu lebih 10 juta tong sehari pada tahun ini, mendahului Arab Saudi dan ber­saing dengan Rusia.

“Situasi ini akan berlaku dengan syarat perjanjian mengehadkan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara bukan OPEC dikekalkan,” tambahnya.

Lambakan bekalan mendorong harga minyak global menjunam serendah AS$30 (RM118) setong pada awal tahun 2016.

Namun, negara-negara pengeluar minyak termasuk anggota OPEC memeterai perjanjian pada akhir tahun 2016 untuk mengurangkan pengeluaran bagi menaikkan harga minyak.

Harga minyak mentah naik lebih AS$70 (RM276) setong selepas OPEC dan negara bukan OPEC bersetuju melanjutkan persetujuan tersebut sehingga hingga akhir tahun ini. – AFP