Kad berkenaan akan menyimpan maklumat peribadi jemaah, status kesihatan, kediaman dan perincian perjalanan haji mereka.

Ia juga akan dilengkapi aplikasi pengesan lokasi untuk memantau perge­rakan jemaah yang dikendalikan sebuah pusat kawalan di Mina.

“Ini adalah peringkat ujian untuk satu inisiatif haji pintar yang kami sedang bangunkan dan kami akan mengkaji sejauh mana ia dapat memberi manfaat kepada jemaah haji,” kata Ketua Perancangan dan Strategi kementerian tersebut, Dr. Amr Al-Maddah kepada akhbar Arab News.

“Bilangan kad akan di­tingkatkan untuk tahun-tahun akan datang bagi melibatkan lebih ramai jemaah haji di kawasan lain,” tambahnya.

Kementerian itu juga akan mengeluarkan sehingga 200,000 kad pe­ngenalan jemaah yang akan mengandungi teknologi penyimpanan maklumat serupa tetapi tanpa dilengkapi ciri pengesan lokasi berkenaan.

Kad berkenaan boleh diimbas, membolehkan penyedia perkhidmatan haji mengenal pasti jemaah dengan segera, melihat sejarah perubatan dan menentukan jenis bantuan yang perlu dihulurkan. – Agensi