Firma itu menyatakan pada Khamis lalu bahawa makmal yang dinamakan Material Recovery itu akan didirikan di sini. Ia bertujuan untuk meneroka teknik baharu menggunakan robotik dan mesin untuk meleraikan telefon pintar bagi mendapatkan semula bahan berharga seperti kobalt, aluminium serta kuprum.

Makmal seluas 836 meter persegi itu akan dibina di lokasi sama di mana Daisy, sebuah robot binaan Apple beroperasi untuk meleraikan iPhone lama pada kadar 1.2 juta unit setahun.

Makmal itu merupakan sebahagian daripada matlamat lebih luas Apple untuk mengeluarkan semua produknya daripada bahan kitar semula atau boleh diperbaharui.

Firma AS itu bagaimanapun belum menetapkan tarikh untuk mencapai objektif tersebut. – Agensi