Menggunakan dron, kenderaan penjelajah robotik dan rumah hijau, kesemua angkasawan tersebut perlu melaksanakan 19 eksperimen di sekitar kawasan berkenaan yang dikatakan mirip dengan planet merah itu.

Jika dilihat dari angkasa, Gurun Dhofar sangat luas, berwarna coklat dan hanya sedikit haiwan dan tumbuh-tumbuhan boleh bertahan pada suhu yang mencecah 51 darjah Celcius.

Rumah hijau gergasi seberat 2.4 tan itu ditukar menjadi makmal dan kuarters untuk kru terlibat. Lebih 200 saintis dari 25 buah negara telah memilih kawasan gurun tersebut sebagai lokasi ujian teknologi lapangan dalam misi ke Marikh yang diharap dapat dicapai menjelang tahun 2030.

“Gurun ini mempunyai persamaan dengan pelbagai ciri permukaan planet Marikh seperti struktur sedimen pada era Paleocene dan Eocene iaitu kira-kira 67 juta hingga 55 juta tahun dahulu selain kubah garam di Lembangan Garam Oman Selatan dan tempat sungai-sungai purba,” kata jurucakap misi tersebut, Dr. Kartik Kumar.

Eksperimen di Dhofar itu akan berlangsung sehingga 28 Februari ini. – Agensi