Anggur jenis ‘Ruby Roman’ itu terkenal kerana rasanya amat manis, kurang asid dan kandungan gula yang tinggi. Setiap biji anggur tersebut yang dibangunkan oleh kerajaan wilayah Ishikawa, memiliki berat lebih 20 gram.

“Kami menawarkan harga 1.2 juta yen untuk menandakan 12 tahun anggur ini berada di pasaran dan bagi meraikan lelongan pertama pada era Reiwa,” kata Takashi Hosokawa.

Hosokawa, 45, merupakan pengurus sebuah rumah tumpangan Jepun yang dikendalikan oleh syarikat yang membeli anggur tersebut, Hyakurakuso.

Reiwa pula merujuk kepada era pemerintahan Maharaja Jepun yang baharu pada Mei lepas.

Hyakurakuso yang memiliki tiga rumah tumpangan di wilayah Ishikawa, membeli anggur itu melalui seorang pemborong di pasar borong di pusat bandar Kanazawa.

“Kami ingin menyatakan kepada pelanggan kami keghairahan kami apabila memegang kotak berisi anggur ini,” tambah Hosokawa.

Secara perbandingan, durian jenis Musang King yang merupakan antara durian paling mahal di Malaysia, dijual pada harga mencecah RM400 sebiji untuk buah yang mempunyai berat antara 3 hingga 4.5 kilogram. – Agensi