Menurut Middleton, manusia kini semakin hampir dengan masa depan bagi mengganti atau menaik taraf anggota badan agar memiliki kuasa luar biasa.

“Biohacker kini telah menaik taraf anggota badan dengan implan seperti cip yang membolehkan mereka membuka pintu hanya dengan gelombang tangan.

“Dalam tempoh 50 atau 100 tahun lagi, kemungkinan seluruh tubuh manusia boleh digantikan, diubah suai atau dinaik taraf,” katanya kepada Daily Star.

Middleton yang sering memberi syarahan mengenai kesan Kecerdasan Buatan (AI) di universiti-universiti berkata, walaupun kepercayaan bahawa robotik dan AI akan memainkan peranan besar pada masa hadapan, pendapatnya itu hanya ramalan berdasarkan situasi terkini.

Beberapa siri televisyen terbaharu banyak mendedahkan mengenai idea ‘cyborg’ dan semi manusia seperti Black Mirror dan Westworld.

Salah seorang biohacker pertama ialah Kevin Warwick, seorang jurutera dan Naib Canselor di Universiti Conventry yang menanam implan pada lengan bagi membolehkannya mengawal peranti itu dengan gerakan mudah seperti mengetuk jari. 
– Agensi

WARWICK merupakan salah seorang biohacker yang telah menanam implan 
pada lengannya untuk mengawal peranti.

SELURUH anggota badan manusia boleh ditukar dengan bahagian robotik menjelang 2070.