Satu rakaman video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial menunjukkan anak lembu itu mempunyai mata bersaiz besar pada bahagian tengah muka dan hidung yang aneh. Berdasarkan rakaman video itu, lembu tersebut kelihatan tercungap-cungap ketika bernafas.

Pemilik haiwan itu yang tidak didedahkan identitinya menyatakan, rumahnya menjadi tumpuan orang ramai selepas kisah lembu itu disebarkan di Internet. Tiada maklumat bila anak lembu itu dilahirkan.

Anak lembu berwarna coklat muda itu dipercayai mengalami kecacatan kongenital sejak berada dalam rahim manakala otak kiri dan kanan tidak terpisah pada awal kehamilan.

Lazminya, haiwan yang dilahirkan dengan keadaan sedemikian akan mati dalam kandungan atau sejurus dilahirkan akibat masalah pernafasan selain kegagalan otak. - Agensi