Azubuike berkata, dia berbuat demikian kerana pernah berjanji kepada bapanya untuk membelikan dia sebuah kereta mewah tetapi tidak sempat kerana lelaki itu meninggal dunia akibat sakit tua baru-baru ini.

Dia kemudian membuat keputusan membeli kenderaan utiliti sukan BMW pada hari pengebumian bagi memberi penghormatan perjalanan terakhir untuk bapanya.

Menurut portal NAIJ.com, Azubuike menempatkan mayat bapanya di dalam kereta dan menanam kenderaan itu di sebuah tapak perkuburan di perkampungan Ihiala, dekat sini.

Bagaimanapun, gambar pengebumian luar biasa itu menjadi tular di media sosial dengan beberapa individu kelihatan bertungkus-lumus memasukkan kenderaan itu di dalam sebuah lubang besar.

Rata-rata pengguna Facebook mengkritik tindakan itu dengan menyifatkan Azubuike hanya membazir duit.

“Kamu sepatutnya membeli kereta untuk ibu bapa ketika mereka masih hidup. Jika, kamu berduit dan mengebumikan mereka dalam keranda mewah, ia menunjukkan anda hanya mahu mempamerkan kekayaan selain turut menunjukkan kebodohan kamu,” komen Sifiso Inno Makhashila. – Agensi