“Jantina atau nama dua anak beruang ini masih belum didedahkan tetapi kurungan tersebut adalah yang paling popular di zoo kami sekarang. Setiap hari ramai pengunjung datang menyaksikan aksi lucu keluarga beruang polar tersebut,” kata jurugambar amatur itu.

Ibu kepada dua anak beruang itu, Gerda sudah melahirkan dua anak sebelum ini bersama pasangannya, Kay. Ini kali pertama Gerda melahirkan dua anak serentak menyebabkan suasana dalam kurungannya lebih ‘meriah’ daripada biasa.

Suasana sejuk di bandar ini sangat sesuai untuk beruang polar hidup dan membiak dengan sihat sambil menghabiskan masa bermain salji. – Agensi

GERDA mengawasi dua ekor anaknya bermain salji di Zoo Novosibirsk, Rusia baru-baru ini.

DUA ekor anak beruang polar ini meneroka persekitaran baharu di Novosibirsk.