Pakaian itu disifatkan sebagai ‘amat berbahaya kepada kanak-kanak’ oleh pakar berkenaan yang mendesak agar gergasi peruncitan itu menyemak semula produk sebelum mengiklankannya atas talian.

Pakaian bayi yang dijual itu disertakan slogan ‘Mainan seks kecil ayah’ dan ditawarkan pada harga AS$18.98 (RM77). Terdapat juga baju bayi perempuan dengan tulisan ‘Saya kelihatan haram’ yang turut diiklankan di laman web Amazon Amerika Syarikat (AS) dengan harga jualan AS$20 (RM81).

Koleksi pakaian itu dikecam Prof. Marci Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif Child USA iaitu sebuah badan pemikir tidak berasaskan keuntungan yang bertujuan melindungi dan mencegah penderaan kanak-kanak di AS.

“Mereka seharusnya mempunyai kawalan lebih baik terhadap produk untuk kanak-kanak secara amnya. Ia amat mengejutkan dan saya sememangnya terkejut bagaimana ia boleh dijual. Ini kali pertama kami melihat perkataan sebegitu disasarkan kepada pedofilia membabitkan pakaian bayi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Amazon mengambil keputusan untuk menarik balik kedua-dua iklan pakaian tersebut daripada laman web dan dihentikan penjualannya. – Agensi