Rakaman yang dikongsi secara meluas di Facebook memaparkan reptilia besar itu melintas jalan di hadapan beberapa pengguna jalan raya di situ sebelum mendekati kawasan di Pangkalan Tentera Jacksonville di sini.

Seorang wanita, Christina Stewart segera merakam kelibat aligator itu dan berkongsi rakaman dengan mengatakan: “Ia menuju ke sana, ke atas pagar.”

Klip video itu dipercayai dirakam dari dalam sebuah kereta.

Rakaman berdurasi 11 saat itu menunjukkan reptilia tersebut berjaya memanjat pagar berkenaan lalu menceroboh ke dalam kawasan pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Seorang pengguna Facebook berkata, dia belum pernah melihat kejadian melibatkan seekor aligator memanjat pagar dan berterima kasih kepada Stewart kerana berkongsi video tersebut.

“Agak memalukan kerana saya pun tidak mampu memanjat pagar seperti itu,” kata seorang lagi pengguna.

Terdapat kira-kira 1.3 juta aligator di Florida, menurut laporan Visit Florida. – Agensi