Stesen televisyen tersebut melaporkan, pembantu-pembantu sherif bergegas ke Lebuh Raya Lousiana 1 di Caddo Parish di sini selepas mereka dimaklumkan mengenai kemunculan seekor aligator di tengah lebuh raya itu.

Pejabat sherif menyatakan, anggota-anggota polis tersebut sedang menunggu pakar hidupan liar tiba ke lokasi kejadian apabila aligator berkenaan membaham sebahagian bampar hadapan kereta mereka.

Pembantu-pembantu sherif itu menganggarkan aligator tersebut memiliki panjang kira-kira 2.4 meter.

Gambar daripada akaun Facebook Pejabat Sherif Caddo Parish menunjukkan reptilia itu bersama berada berhampiran cebisan gril berwarna hitam milik kereta peronda polis berkenaan.

Pihak berkuasa memaklumkan, aligator berkenaan berjaya melepaskan diri sebelum pakar hidupan liar tiba. – Agensi