Dia yang bersedia dengan beg plastik mengutip semua jenis sampah yang dijumpai di sepanjang laluannya sejauh 300 kilometer (km) itu.

Jurutera penjagaan kebersihan berusia 27 tahun tersebut memulakan perjalanannya sejak Julai lalu dalam kempen membersihkan 30 pantai dalam jarak tersebut.

Dia berharap perjalanan selama dua bulan itu akan dapat meyakinkan pihak berkuasa, pelancong dan secara u­mumnya rakyat Tunisia bahawa laut tidak seharusnya dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah.

Dengan hanya mengenakan sepasang kasut lasak dan topi untuk melindunginya dari bahang matahari musim panas, Mohamed Oussama memulakan perjalanannya di bandar raya pesisir pantai Mahdia dan merancang untuk ber­akhir di Solimane yang terletak 40 kilometer dari ibu negara Tunis.

Perjalanan tersebut akan membawanya melalui kawasan tumpuan yang sesak seperti Daar Chaabane di Nabeul, serta di sepanjang teluk dan pantai terpencil.

“Saya percaya terhadap mobilisasi rakyat dan saya memilih untuk bertindak serta meningkatkan kesedaran tentang masalah pencemaran di pantai kita,” kata aktivis itu kepada agensi berita AFP.

Laman Facebook bagi kempen ‘300 Kilometer’ Moha­med Oussama kini mempunyai lebih 13,000 orang pengikut dan merupakan halaman bebas sepenuhnya, katanya. 
– AFP

Mohamed Oussama membawa beg galas, gitar dan beg plastik semasa berjalan untuk mengutip sampah di pantai Nabuel di utara Tunisia.