Paparan mesej yang berbau perkauman dan cadangan mengenai bom itu muncul sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) menerusi akaun @jack iaitu akaun pengasas Twitter, sebelum ia dipadamkan.

Beberapa paparan mesej di­sertakan tanda pagar #ChucklingSquad, dipercayai untuk menandakan identiti kumpulan penggodam berkenaan. Petunjuk sama turut ditinggalkan dalam beberapa kejadian godam ke atas akaun personaliti media sosial berprofil tinggi.

Mesej-mesej berkenaan mengandungi gelaran bersifat perkauman, dan termasuk satu paparan mesej yang menyokong Nazi Jerman.

Twitter menyatakan bahawa nombor telefon yang digunakan bagi akaun Dorsey telah ‘di­ceroboh susulan satu keselamatan yang terlepas pandang oleh pembekal nombor telefon ber­kenaan’, membenarkan penggodam membuat paparan kenya­taan menerusi akaun @jack menerusi kiriman pesanan teks.

Akaun Dorsey kini dilindungi dan ‘tiada petunjuk tanda bahawa sistem Twitter diceroboh’, menurut firma internet yang berpangkalan di San Francisco itu.

Paparan kenyataan menerusi akaun Dorsey oleh penggodam berlaku hampir setengah jam sebelum dipadamkan.

Sejumlah komen dikongsi pada platform laman media sosial berkenaan yang menyoalkan mengapa pengasas bersama Twitter itu tidak melindungi akaun dengan lebih baik serta.

“Jika kamu tidak boleh melin­dungi Jack (Dorsey), kamu tidak mampu melindungi...Jack,” kata seorang pengguna Twitter.

Insiden itu berlaku dengan Dorsey dan Twitter mengambil tindakan agresif untuk membuang kandungan berbentuk serangan dan tidak sopan sebagai salah satu fokus mereka terhadap ‘keselamatan’.

Sebuah firma perunding keselamatan berpangkalan di British, Graham Cluley menyatakan kejadian itu menunjukkan kepentingan pengesahan dua langkah, yang mana seseorang pengguna perlu mengesahkan akaun mereka menerusi sumber luaran.

Cluley menasihati orang ramai untuk memastikan mereka menggunakan pengesahan dua langkah dan memeriksa aplikasi yang bersambungan dengan akaun masing-masing. – AFP