Mark Gray sempat merakam beberapa keping gambar pemandangan menakjubkan ketika bongkah ais gergasi itu terapung melintasi pesisir Lautan Labrador dari rumahnya. Dia berkongsi gambar itu di Twitter.

Salah satu gambar itu menunjukkan betapa kerdilnya rumah api terkenal di pekan kecil itu berbanding saiz bongkah aisberg yang terapung berhampirannya.

“Rumah api Cape Bonavista kelihatan kerdil berbanding aisberg gergasi itu,” tulis Gray menerusi satu perkongsian di Twitter.

Lorong aisberg sering menyaksikan bongkah ais gergasi terapung bergerak melintasinya ketika lewat musim bunga atau awal musim panas.

Kira-kira 400 hingga 800 bongkah aisberg melalui perairan dekat Newfoundland setiap tahun dengan rekod tertinggi 2,000 bongkah pada tahun 1984. Kesemua ais itu dianggarkan berusia antara 10,000 hingga 12,000 tahun dan berasal daripada beberapa lapisan glasier di Greeland. -Agensi