Penyelidik menemui satu kawasan yang mengandungi ruang pengebumian dan mumia ketika proses ekskavasi besar-besaran di daerah Pachacamac, sebuah tapak upacara korban era pra-Kolombus semasa pemerintahan Empayar Inca.

Di dalam ruang itu, mereka menemui satu objek yang berbalut seperti struktur keranda milik seseorang individu yang dijaga dengan sangat baik.

Pasukan tersebut juga menemui beberapa barangan bersamanya termasuk kulit kerang, pasu, fosil anjing dan beberapa objek berharga di satu ruang ibadat.

Penyelidik-penyelidik daripada Pusat Kajian Arkeologi Universiti Libre de Bruxelles itu membuat carian di tapak tersebut selama sembilan minggu dan menemui tiga struktur monumen dipercayai tempat suci untuk pemujaan nenek-moyang di situ. 
– Agensi