Anthony Ciccone, 61, yang sebelum ini menuduh adiknya, Madonna tidak mengambil berat terhadap dirinya dikatakan mempunyai masalah ketagihan alkohol selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, akhbar Mirror melaporkan baru-baru ini, Anthony telah menunjukkan kemajuan di pusat pemulihan. Adiknya, Christopher Ciccone, 57, berkata, dia telah pulang ke rumah dan semakin sembuh.

Sebelum dibawa ke pusat pemulihan, Anthony telah menjalani kehidupan di bawah jambatan di Michigan, tempat asal Madonna, 59.

Dalam satu temu bual pada tahun 2011, Anthony menuduh keluarganya tidak mengambil berat sama ada dia hidup atau mati.

“Saya tiada nilai pada mata mereka. Saya malu. Jika saya mati, mungkin keluarga saya tidak kisah,” katanya. – Agensi