Mereka berkata, letupan itu adalah antara yang paling kuat menggegarkan ibu kota Afghanistan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Waheed Majroh memberitahu agensi berita AFP bahawa angka kematian kini berjumlah 95 dengan 158 mangsa cedera.

Terdahulu, seorang pegawai lain memberi amaran bahawa angka korban awal seramai 63 orang dijangka meningkat.

Kumpulan militan Taliban mengaku melancarkan serangan dahsyat itu.

Serangan itu berlaku berhampiran Hospital Jamuriate di sebuah kawasan dimana beberapa organisasi berprofil tinggi termasuk Kesatuan Eropah menempatkan pejabatnya.

Letupan kuat itu menggegarkan tingkap bangunan-bangunan sejauh 2 kilometer dan mengakibatkan binaan rendah di sekitarnya runtuh. - AFP