Pihak berkuasa Mesir memberikan visa kepada penduduk Gaza bagi tujuan tersebut untuk kali pertama sejak tahun 2014.

Kumpulan jemaah itu meninggalkan kediaman masing-masing sekitar waktu subuh, manakala sejumlah bas telah menunggu di sebelah Mesir untuk membawa mereka ke lapangan terbang di Kaherah.

Seorang pegawai Palestin di Lintasan Rafah, pintu sempadan yang menghubungkan Gaza  dan Mesir berkata, dari sana, mereka akan menaiki beberapa penerbangan ke Mekah.

“Seramai 15 daripada 800 jemaah Gaza itu tidak dibenarkan menyeberang Lintasan Rafah,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Pasukan keselamatan di sebelah Mesir mengesahkan bahawa ini kali pertama kebenaran sedemikian diberikan sejak Kaherah  melancarkan operasi ketenteraan di utara Sinai pada tahun 2014.

Sebelum ini, kira-kira 2,500 jemaah Palestin dibenarkan meninggalkan Gaza melalui Mesir bagi tujuan mengerjakan ibadah haji pada setiap tahun. - AFP