Pemerintah ibu kota Indonesia menganjurkan majlis itu untuk keluarga-keluarga miskin yang tidak memiliki dokumen rasmi seperti surat beranak atau sijil perkahwinan.

Perkahwinan yang didaftarkan dan rasmi di sisi undang-undang itu dapat membantu ibu bapa dan kanak-kanak mendapat akses kepada perkhidmatan awam seperti penjagaan kesihatan serta pendidikan, kata Gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

Hari menjelang tahun baru dipilih supaya semua orang meraikan acara tersebut.

Seorang pengantin dikenali sebagai Rohilah berkata, dia sungguh gembira kerana dapat berkahwin secara rasmi dengan suaminya, Dahrun Hakim. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun.

Beban kewangan menyebabkan pasangan itu hanya bernikah lima tahun lalu, penyatuan yang tidak dianggap rasmi di Indonesia.

“Saya sungguh gembira. Saya boleh memohon surat beranak untuk anak perempuan supaya dia diiktiraf sebagai warganegara oleh pemerintah,” tambahnya.

Pengantin lelaki tertua pada majlis itu merupakan seorang lelaki berusia 76 tahun, manakala pengantin perempuan paling tua berumur 65 tahun. Pasangan pengantin termuda pula berumur 19 tahun.

Ini adalah kali kedua pemerintah Jakarta mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai menjelang tahun baru tetapi sebagai menghormati mangsa-mangsa bencana alam yang menimpa kepulauan Indonesia baru-baru ini, pertunjukan bunga api telah dibatalkan. – AFP