Mexico terpalit dengan satu gelombang keganasan sejak melancarkan ‘perang terhadap dadah.’

Aktivis dan ahli keluarga kira-kira 40,000 individu yang hilang ‘mengutuk’ kubur besar-besaran itu sejak beberapa tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, laporan itu adalah yang pertama dikeluarkan sejak pihak berkuasa melakukan kajian di seluruh negara untuk menentukan jumlah kubur tidak bertanda dan berapa ramai mangsa yang ditanam di dalamnya.

Ia menemui 3,024 kubur tidak bertanda di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 4,974 mayat, kata Ketua Suruhanjaya Kebangsaan Pencarian Orang Hilang, Karla Quintana pada sidang akhbar yang dihadiri Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador pada Hari Orang Hilang Kebangsaan.

“Ini adalah kali pertama kerajaan Persekutuan mengenal pasti jumlah kubur tidak bertanda. Bagaimanapun, ia bukan mengenai angka. Terdapat orang hilang dengan insan tersayang yang masih mencari mereka,” katanya.

Pihak berkuasa percaya kebanyakan mangsa dibunuh geng penjenayah, kadang-kadang dengan pakatan sulit bersama pegawai-pegawai tempatan korup, kata Timbalan Menteri Hak Asasi Kemanusiaan, Alejandro Encinas.

Sementara itu, ahli-ahli keluarga mangsa yang hilang mengadakan bantahan di luar istana presiden, di mana sidang akhbar diadakan, bagi menuntut kerajaan berusaha mencari saudara-mara mereka.

Mereka membawa gambar-gambar bersaiz besar ahli keluarga masing-masing yang masih hilang dan menjerit: “Di mana anak-anak kami?” 
– AFP