Antara yang dilaporkan ce­dera termasuk enam kakitangan kesihatan dan seorang wartawan, kata kementerian tersebut tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Sejak Mac tahun lalu, ribuan penduduk Gaza mengadakan bantahan mingguan di sepanjang zon penampan untuk menuntut hak pelarian Palestin pulang ke kediaman mereka setelah dihalau keluar pada tahun 1948 yang me­nyaksikan pembentukan Israel.

Mereka juga menuntut Israel menamatkan kepungan selama 12 tahun di Semenanjung Gaza yang menjejaskan ekonomi wilayah pesisir pantai dan menghalang hampir dua juta orang daripada mendapat bekalan barangan asas.

Sejak bantahan di kawasan sempadan bermula lebih setahun lalu, ratusan penunjuk perasaan terbunuh akibat terkena tembak­an peluru dan bedilan kereta kebal tentera Israel. – Bernama