Sejumlah kediaman terputus bekalan elektrik manakala sebilangan jalan raya di tenggara England digenangi air banjir.

Perkampungan Lenham di Kent menyaksikan 42 milimeter hujan turun dalam masa hanya satu jam antara pukul 11 malam (waktu tempatan) hingga 12 tengah malam kelmarin.

Terdapat 41,500 kejadian petir menyambar di perairan Kent ke arah timur laut Perancis termasuk awan ke awan dan awan ke permukaan manakala 358 petir menyambar daerah Kent.

Kira-kira 1,000 kejadian petir pula berlaku di Sussex Timur dalam masa satu jam. – Agensi

PETIR menyambar 
di Jeti Southern sepanjang lebih 1 kilometer di Essex malam kelmarin.

AWAN mendung menutupi langit 
di Oxford, Suffolk kelmarin.

FENOMENA sambaran petir dirakam 
di pekan Seaford, Sussex Timur kelmarin.