Kejadian itu bagaimanapun berpunca daripada kesilapan mesin daftar tunai apabila sistem komputernya menunjukkan harga yang salah terhadap barang berkenaan.

Menurut Chidlow, dia yang pada mulanya terkejut dengan harga dipaparkan tersebut kemudiannya mula ketawa dan berasa kasihan dengan wanita penjaga mesin daftar tunai tersebut.

“Pekerja itu menjalankan tugas dengan baik dan menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas. Ia bukanlah kesilapan manusia tetapi mesin. Saya bergurau dengan isteri mengenai peristiwa itu bahawa sekiranya saya tidak ke Specsavers, saya mungkin tidak akan mengesan kesalahan berkenaan,” katanya.

Jurucakap jenama tersebut turut serta menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka apabila dia mengatakan mesin daftar tunai mereka perlu melakukan pemeriksaan di Specsavers. – Agensi