Selimut gergasi itu adalah sebesar 1,994.81 meter persegi dan kemudiannya dipotong menjadi bahagian bersaiz kecil untuk didermakan kepada Pertubuhan Palang Merah.

Idea itu dicetuskan oleh Valery Larkin dan menggunakan laman Facebook mempelawa pengait dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam cabaran yang diadakan di satu arena tertutup di Ennis Showgrounds di sini.

Selain pengait Ireland, antara peserta yang membantu mencipta rekod itu adalah dari Britain, Turki, Jerman, Finland, Bulgaria, Sweden, Greece, Hungary, Portugal, Switzerland, Malta, Belgium, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Kanada, Afrika Selatan, Singapura, Jepun, New Zealand dan Australia. – Agensi