Bilangan jemaah berdasarkan laporan pertubuhan Waqf itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu yang menyaksikan 120,000 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan.

Ketua Pengarah Waqf, Azzam Al-Khatib berkata, jemaah beramai-ramai hadir untuk solat Jumaat walaupun ‘terpaksa melalui pos pemeriksaan Zionis yang dikawal ketat.’

Solat Jumaat itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, kata Azzam.

Kawasan yang berada di bawah kawalan Israel itu merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan kerap menjadi punca konflik antara Israel dan Pa­lestin. – AFP