Menurut jurucakap Polis Sulawesi Selatan, Dicky Sondani, dalam kejadian 1 tengahari tadi, bot buatan kayu itu dalam perjalanan dari Pulau Barrang Lompo menuju ke Pelabuhan Paotere, Kecamatan Ujung Tanah, Makassar.

"Bot itu hanya boleh membawa belasan penumpang sahaja, berlaku lebih penumpang," katanya.

Media dalam talian di Indonesia melaporkan semua penumpang yang selamat telah dibawa ke hospital di Makassar untuk mendapatkan rawatan.

Sebanyak 13 disahkan terkorban setakat ini, manakala  63 penumpang diselamatkan dan daripada jumlah yang selamat itu sebanyak 39 mengalami kecederaan, kata Dicky. - Bernama