Tanah runtuh dilaporkan berlaku terutamanya di kawasan cerun di mana satu siri kebakaran hutan terjadi bulan lalu, memusnahkan kawasan tanaman yang dilindungi.

Pihak berkuasa memberitahu mayat ditemui dalam banjir dan runtuhan oleh pasukan menyelamat yang melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Hujan lebat luar biasa turun awal pagi Selasa sebelum ribuan penduduk Santa Barbara County di kawasan pantai Los Angeles diarahkan berpindah. - Reuter