Seorang kanak-kanak yang masih hidup berjaya ditarik keluar daripada runtuhan bangunan lima tingkat itu oleh pasukan penyelamat, sebilangan besar daripada mereka menggunakan tangan, untuk mengalihkan serpihan blok yang menghempap mangsa, kata seorang jurugambar agensi berita, Agence France-Presse (AFP).

Budak terbabit adalah satu-satunya mangsa yang terselamat di bawah runtuhan di kawasan kejiranan Salah al-Din, lapor agensi berita rasmi SANA.

Kawasan Salah al-Din pernah dibom secara besar-besaran sebelum pihak tentera kerajaan Syria menewaskan kumpulan pemberontak dengan bantuan Rusia pada tahun 2016. - AFP