Stesen televisyen KTVN-TV di Los Angeles melaporkan bahawa polis menutup kawasan yang agak besar di sekitar lokasi kejadian.  

Sebilangan suspek yang dipercayai bersenjatakan raifal dan pistol melepaskan berdas-das tembakan sebelum melarikan diri, kata  ketua Jabatan Polis San Bernardino, Kapten Richard Lawhead.

Polis yang tiba di tempat kejadian malam kelmarin, mendapati orang ramai berada dalam situasi tidak terkawal di sebuah kawasan terbuka di kompleks apartmen tersebut, kata Lawhead.

Mereka dipercayai sedang bermain judi dadu apabila kejadian tembakan berlaku.

“Suasana di lokasi itu huru-hara,” kata Lawhead lagi.

Setakat siang tadi belum ada tangkapan dibuat, manakala polis juga belum mendedahkan gambaran tentang suspek yang terlibat. - Agensi