Menerusi kajian itu, WHO turut mendedahkan bahawa tahap bersenam secara global tidak berubah selama hampir dua dekad lalu.

Kajian WHO itu mendapati satu pertiga wanita dan satu perempat lelaki di seluruh dunia mengundang penyakit maut se­perti sakit jantung, diabetes dan kanser melainkan mereka meningkatkan aktiviti fizikal.

“Kurangnya aktiviti fizikal menjadi risiko utama mereka menghidap penyakit tidak berjangkit yang bahaya itu,” kata kajian WHO berhubung tahap senaman global.

Hasil kajian itu disiarkan dalam jurnal The Lancet Global Health semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.