Daripada jumlah tersebut, seramai 41 orang mengalami muntah dan cirit-birit pada Ahad lalu.

Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan dan kebanyakannya disahkan mengalami jangkitan noro­virus.

Norovirus amat mudah berjangkit dan merebak melalui makanan ataupun air tercemar.

“Seramai 1,200 petugas yang dijangkiti virus ber­kenaan telah digugurkan dari tugasan mereka.

“Tempat mereka digantikan dengan kira-kira 900 anggota tentera,” kata seorang pegawai Ja­watankuasa Penganjur Olim­pik Pyeongchang kepada agensi berita AFP.

Pihak berkuasa kesihatan dikatakan sedang menyiasat punca jangkitan itu.

Pengawal keselamat­an ber­kenaan tinggal di sebuah pusat latihan be­lia di Pyeong­chang dan berasingan dari per­­­­kampungan atlet. 
Su­kan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang berlangsung dari 9 hingga 25 Februari ini. – AFP