Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, yang juga Timbalan Ketua UMNO cawangan Kuala Ibai tiba-tiba rebah di pekarangan rumah selepas menyelamatkan diri sambil memimpin tangan anak lelakinya, Muhammad Aqil Harith, 3.

Anak saudara mangsa, Ahmad Syahir Azizi Ahmad Zulfar, 18, berkata, ketika kejadian, dia yang membantu Ahmad Fakhrurazi mengusahakan perniagaan produk nasi Arab segera baru tiba ke rumah dua tingkat itu untuk memulakan pekerjaannya.

“Saya bergegas selepas terdengar bunyi letupan dan asap tebal keluar dari arah rumah Allahyarham. Sebaik tiba di pekara­ngan rumah, saya nampak beliau terbaring dalam kea­daan sangat lemah dan mukanya kelihatan pucat.

“Dia tidak memberi respons apabila dikejutkan. Saya segera menarik badannya agar berada jauh dari rumahnya yang sedang terbakar. Saya kemudian berlari ke rumah nenek untuk meminta bantuan,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di Kampung Kuala Ibai di sini ­semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.