fbpx

Bunuh jiran gara-gara bincang isu tampar anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang lelaki dibunuh jirannya di kawasan rumah di Jalan Sitiawan-Beruas.

BERUAS – Seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam satu pertelingkahan berpunca daripada tindakan suspek menampar anak mangsa di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 40-an maut di tempat kejadian akibat ditetak dengan parang dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata siasatan awal mendapati  suspek telah menampar anak mangsa sebelum insiden itu berlaku.

“Berikutan itu, mangsa telah datang ke rumah suspek untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun difahamkan berlaku pertelingkahan antara mereka,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Nor Omar berkata, suspek yang juga berusia 40-an berjaya ditahan pada hari sama di rumahnya dan polis turut merampas sebilah parang dari rumahnya yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI