fbpx

Isteri pertama menangis melihat suami bersanding lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut dilihat menangis teresak-esak sambil duduk di sudut rumah ketika majlis persandingan suaminya baru-baru ini. – TikTok/@herikanatasya

JAKARTA – Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang wanita sedang menangis semasa majlis persandi­ngan suaminya, lapor laman be­rita Suara.com semalam.

Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh seorang pengguna bernama @herikanatasya itu menunjukkan wanita tersebut menangis teresak-esak di sudut sebuah rumah.

Pada masa yang sama, sebilangan tetamu memenuhi rumah tersebut dan meraikan pasangan pengantin baharu.

Wanita yang didakwa isteri pertama itu beberapa kali dilihat mengusap air matanya dan cuba untuk menahan diri daripada menangis ketika melihat suami diraikan bersama madunya.

“Ketika isteri pertama seikhlas hati mengizinkan suami untuk berkahwin lagi,” tulis @herikanatasya pada hantaran tersebut.

Sementara itu, suami wanita berkenaan yang merupakan pe­ngantin lelaki, dilihat sibuk me­layan para tetamu bersama isteri baharu dan ibu bapanya.

Rakaman video tersebut menerima beribu-ribu komen daripada pengguna media sosial.

Rata-rata, mereka meluahkan perasaan simpati dan sedih terhadap nasib isteri pertama.

“Ya Tuhan, saya turut dapat merasa sakitnya hati wanita tersebut.

“Semoga dia diberi kekuatan,” tulis seorang netizen

Terbaharu, pemilik akaun @herikanatasya dilaporkan memohon maaf berhubung hantaran tersebut. Pemilik akaun itu berkata,  klip video di muat naik sebagai gurauan sahaja dan dia tidak menyangka rakaman itu menjadi buah mulut netizen – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI